Pages

Bismillahir Rahmanir Rahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah Ya Tuhanku

Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu, dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Dan sesungguhnya

Solat itu amatlah berat kecuali kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. [2:45]

Lailahailallah , Muhammadarrasulullah

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Alhamdulillah

Segala Puji Hanya Bagi Allah.

Tuesday 20 August 2013

Sifat-sifat Wajib Allah

SIFAT–SIFAT WAJIB ALLAH
1. Wujud
Wujud ertinya "ADA". Dalilnya firman Allah dalam Al-Quran (Qs As-sajadah : 4)                   "Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantaran keduanya dalam enam masa. Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy . Tidak ada bagi kamu selain dari padaNya seorang penolong pun dan tidak pula seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"
2. Qidam
Qidam bererti “ Dahulu “ yakni ada tanpa awal dan akhir, Dalilnya firman Allah swt ( Qs. Al-Hadid :3)                                                                                                                                       "Dialah yang Awal dan yang Akhir yang Zahir dan yang Batin dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu.
3. Baqo’
Baqo’ bererti “kekal”. Dalil firmanNya adalah: ( QS. Ar-Rahman :27 )                                      “Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”
4. Mukhoolafatul lil hawaadist
Ertinya Allah tidak sama dengan yang baru ( alam/makhluk). Dalilnya firman Allah SWT (Qs. Asy-Syuuro: 11)                                                                                                                                       "(Dia) Pencipta langit dan bumi. dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat."
5. Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah berdiri sendiri, tidak memerlukan pertolongan dari makhluk Nya. Dalilnya Firman Allah SWT ( Qs. Al-Ankabuut : 6 )                                                                                                  “Dan barangsiapa yang berjihad, Maka Sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”
6. Wahdaniyah
Wahdaniyah bererti bahwa Allah bersifat “esa” dan tidak berbilang. Dalilnya firman Allah SWT.  Katakanlah: “Dia-lah Allah, yang Maha Esa”
7. Qudrat
Qudrat bererti bahwa Allah Maha Kuasa. Dalilnya firman Allah SWT (QS. Al-Baqarah : 20 )         “Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu”.
8. Irodat
Irodat bererti bahawa Allah berkehendak segala sesuatu atau bahwa Allah Maha Berkeinginan atas segala sesuatu. Dalilnya firman Allah SWT ( Qs. Al-Buruuj : 16 )
“Maha Kuasa berbuat apa yang dikehendaki-Nya.”
9. Ilmu
Ilmu bererti bahwa Allah Maha mengetahui atas segala sesuatu. Dalalnya firman Allah swt (Qs. An-Nisa : 176)                                                                                                                             “Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, Maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, Maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) Saudara-saudara laki dan perempuan, Maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
10. Hayat
Hayat ertinya Hidup, yakni bahwa Allah Maha Hidup. Dalilnya firman Allah Swt (Qs.Al Furqoon:58)
"Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. dan cukuplah dia Maha mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya."
11. Sama’
Sama’ ertinya Maha Mendengar, Dalilnya (QS. An-Nuur:60)
"Dan perempuan-perempuan tua yang Telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Bijaksana."-
12. Bashar
Bashar ertinya Maha Melihat. Dalilnya (Qs Al-Hujuroot : 18)
"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan."
13. Kalam
Kalam ertinya berkata-kata atau bercakap-cakap. Dalilnya ( Qs. An-Nisa :164 )
"Dan (Kami Telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh. Telah kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah Telah berbicara kepada Musa dengan langsung."
14. Qoodirun
Ertinya Maha Kuasa. Dalilnya sama dengan sifat Qudrat.
15. Muriidun
Ertinya yang Maha Menentukan. Dalilnya sama dengan dalil sifat Irodat.
16. AAlimun
Ertinya Maha mengetahui. Dalilnya sama dengan dalil sifat Ilmu.
17. Hayyun
Ertinya Maha Hidup. Dalilnya sama dengan dalil sifat ”Hayat”
18. Samii’un
Samii’un bererti bahawa Allah Maha Mendengar. Dalilnya sama dengan sifat “sama'”. Allah melihat semua perbuatan hamba. Oleh kerana itu orang yang beriman harus menjaga tingkah laku dan perbuatannya dari perbuatan buruk atau maksiat.
19. Bashiirun
Bashiirun bererti bahwa Allah Maha Melihat. dalilnya sama dengan dalil sifat “Bashor”
20. Mutakallimun
Mutakallimun bererti bahwa Allah Maha Berbicara. Dalilnya sama dengan sifat ”kalam”.

Tuesday 30 April 2013

Orang yang Munafik Menurut Al-Quran dan Sunnah

50 Tanda-tanda Orang Munafik Menurut Al-Qur’an & Sunnah


  1. Malas beribadah kepada Allah swt
  2. Lupa kepada Allah swt
  3. Melalaikan solat fardhu
  4. Mempercepatkan mengerja solat fardhu
  5. Gemar meninggalkan solat berjemaah
  6. Meninggalkan solat Jumaat
  7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
  8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
  9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
  10. Mengamalkan riak
  11. Hasad dengki
  12. Dusta
  13. Mungkir janji
  14. Bakhil
  15. Fitnah
  16. Mencaci maki
  17. Mengumpat
  18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
  19. Mengingkari takdir Allah swt
  20. Mempersendakan kesucian agama
  21. Enggan berjihad ke jalan Allah
  22. Menghina sahabat Nabi saw
  23. Menyembunyi persaksian pada jalan yang benar
  24. Menangguh pembayaran hutang
  25. Menipu dalam jual beli
  26. Ghasab (mengambil tanah orang lain tanpa hak)
  27. Bergaul dengan orang yang memperolokkan Al-Quran
  28. Memakan harta anak yatim
  29. Membuka rahsia orang lain
  30. Berasa aman daripada murka Allah swt apabila melakukan dosa
  31. Memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk yang tidak disukai
  32. Menghalang orang lain daripad mengamalkan ajaran Islam
  33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang
  34. Bermuka dua
  35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
  36. Sombong di antara sesama manusia
  37. Suka membantah dan bertengkar sesama muslim
  38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah swt
  39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah swt
  41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
  42. Mengkhianati sesuatu amanah
  43. Memutuskan silaturrahim
  44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  45. Menghalalkan perkara yang haram
  46. Membuat kerosakan di bumi
  47. Menuduh orang yang beriman bodoh
  48. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah swt
  49. Bersumpah selain nama Allah swt
  50. Berasa gembira apabila misibah menimpa orang yang beriman



Perkara Yang Membatalkan Iman

Iman bermaksud dari segi bahasanya ialah percaya. Dan dari segi istilahnya, membenarkan di hati , mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota. Iman penting dalam kehidupan seorang muslim untuk membentuk insan muslim sejati dan supaya beristiqamah dalam ibadat. Seterusnya iman penting untuk melahirkan generasi berakhlak mulia.

Perkara yang merosakkan dan membatalkan iman ialah :

  1. Syirik
  2. Kufur
  3. Riddah(Murtad)
  4. Khurafat 
  5. Sihir
  6. Nifak(Munafik)
Untuk mengelakkan daripada terbatalnya iman kita, marilah kita menimba ilmu dengan berpegang teguh pada ajaran Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai seorang muslim, kita wajib mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Mudah-mudahan Allah swt memberi jalan, petunjuk dan hidayah dalam menempuhi kehidupan yang semakin hari semakin mudah menggoyah iman kita. 






Wednesday 10 April 2013

Kun Faya Kun


Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat 'Kun faya kun' dan Dia berfirman : "Jadilah, maka jadilah ia. Maka kita sebagai hamba yang beriman kepadaNya, yang beriman kepada Al-Quran dan yang beriman kepada Qada dan Qadar, yakinlah akan kekuasaan dan kebesaranNya yang menghendaki sesuatu kepada kita. Dia lah yang menentukan segala-galanya. 

Firman Allah swt dalam Al-Quran :


Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117


Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".
An Nahl:40

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."
Surah Yassin : 81-83




Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Al An'aam:73


Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".


Al Mu'min:68


Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".


Maryam:35


Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.


Ali 'Imran:47


Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya:"Jadilah", maka jadilah dia.

Ali 'Imran:59


Ayat yang jelas dalam firman Allah SWT ini adalah sebagai peringatan kepada kita  agar jangan melakukan sebarangan, jangan meragui, bongkak dan tinggi hati, melakukan perkara kurafat kerana Dia boleh berkehendak apa sahaja, pada masaNya dan di mana saja. Maha suci Allah Berkuasa atas segalanya. 

Jangan runsing apabila dalam musibah. Jangan bongkak apabila dalam kejayaan. Dia yang merencanakan segala-galaNya. Yakinlah Allah SWT mendengar rintihan hati hambaNya. Perbetulkan nawaitu kita, berusaha, berdoa dan bertawakal. Amalan kita di dunia ini adalah untuk bekalan di hari akhirat. 

Tuesday 4 December 2012

Najis-najis dan Cara-cara Membersihkannya





JENIS-JENIS NAJIS

1.Najis Mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).

2.Najis Mughallazah
Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.

3.Najis Mutawasitah
Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu:
• Setiap yang cecair yang memabukkan
• Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
• Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.
• Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.

CARA-CARA MENYUCI NAJIS

1.Najis Mukhaffafah
Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.

2.Najis Mughallazah
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.
Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.

3.Najis Mutawasitah
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya).Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang.
Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.

Sunday 25 November 2012

Pray For Gaza


Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, Help Our Brothers and Sisters in Gaza..Palestine..
Cloth them, feed them, protect them and give Jannah to all those Muslims who have died in your path.
Ya Allah, make them victorious over their enemy, and give their what they deserve.
Ya Allah, make among them Mujahideen who will fight and not hinder away from the Sirathul Mustaqeem..and keep them strong in faith..
Ya Allah, help all muslims ..
Aameen

Ameen ya Rabbal Aalameen
Dear brothers and sisters in Gaza, Allah is always be there for you.
Stay strong and Allah swt knows everything.



Aameen ya Rabb ul Aalameen Dear brothers and sisters in Gaza, Allah is always be there for you. Always. Stay strong. Allah knows everything Amin!

Ubat Hati


Ubat hati ada 5 perkara :

Pertama : Baca Al-Quran dan maknanya
Kedua : Solat malam dirikanlah
Ketiga : Berkumpullah dengan orang soleh
Keempat : Berbanyaklah berpuasa
Kelima : Zikir malam berpanjanganlah